PURE MARINE COLLAGEN (PMC)
PMC adalah kolagen mentah,100% asli
dan tiada campuran bahan lain. Merupakan tumbuhan marin yang telah dikeringkan
dan kaya dengan nutrisi kolagen, tanpa bahan kimia. Mengamalkan pengambilan PMC
menjadikan kulit makin licin, cerah, tegang dan cantik. PMC juga boleh jadikan
sebagai masker .
Rumpai laut terkenal sebagai salah
satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi
disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti
bayam.
Secara amnya, rumpai laut ada
berbagai jenis dan species (dipecahkan kepada 3 jenis iaitu algae
hijau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut)
dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang
cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat
seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan”
struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut seringkali
dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.
Antara khasiat dan fakta menarik
berkenaan Rumpai Laut yang perlu anda tahu:
- Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
- Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
- Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
- Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
- Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
- Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui pembuangan najis.
- Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
- Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
- Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
- Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.
Cara penyediaan:
- 100 gram PMC perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras)
- Rendam 1 malam
- Esoknya ambil rumpai laut tadi dan basuh sekali lagi.
- Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama air (1 liter) dikacau sehingga ia hancur
- Bila dah sejuk, sediakan bekas & toskan. Sisa tos tu boleh simpan dalam bekas lain & dijadikan masker. Sejukkan dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2.
UNTUK PMC UNGU= BASUH 6X DGN AIR PUTIH, PASTU BASUH 2X DGN AIR ASAM JAWA..GAUL DENGAN SERBUK BIKARBONAT.BASUH LAGI SEKALI DGN AIR PUTIH.GUNA DAUN PANDAN SEKALI SEMASA MERENDAM DAN MEREBUS UNTUK HILANGKAN BAU HANYIR
Saranan Pengambilan:
1. Ambil 2-3 sudu rumpai laut yg telah jd jeli tadi.
2. Letak air panas sikit utk cairkan rumpai laut supaya tak berketul-ketul.
3. Boleh tambah sedikit Ribena / Sunquick / apa2 jus buah.
Amalkan semasa baru bangun tidur (perut kosong) dan sebelum masuk tidur.
Minum air secukupnya dan
kurangkan minum minuman berkafien
seperti kopi, nescafe dan sebagainya kerana bahan kafien ini
menghalang badan kita dari menyerap zat pada PMC. Sekiranya hendak minum juga,
jarakkan waktu pengambilan PMC dlm 2-3 jam bagi memastikan khasiat pmc diserap
badan dulu.
Tanda-tanda PMC berkesan adalah:
- Kerap buang air kecil
- Lawas membuang air besar.
- Bau badan hilang.
- Ketagihan terhadap minuman berkafien berkurang/hilang.
- Terasa amat segar semasa bangun pagi.
- Kurang sakit-sakit badan.
- Kulit tegang dan licin.
3 jenis PMC berlainan gred, sebelum dan selepas dicuci |
Gred 4A, berwarna hijau. Rm35-1000gram Rm20-500gram Rm4.50-100gram |
Gred AAA, berwarna ungu. Rm25-1000gram Rm15-500gram Rm3.50-100gram |
Gred AA, berwarna kuning. Rm20-1000gram Rm12-500gram Rm2.80-100gram |
.